Tuesday, 18 September 2012

Raya! Raya!

Recently, Mr. Asyraq meminta budak2 kelas 2Hamzah membuat entry baru tentang 'Hari Raya'!
Alorhh.. memey la best tajuknya tapi Deeno tak ada banyak gambar time raye ngan family and friend. Ade  several je. Tapi takpe lah..

Pengalaman time raye tahun ni.. cam biasa je tapi ada yang mencabar.. terutamanya time perjalanan ke kampung halaman yang dirindui~
Memey gila! frust! tak puas hati! gempak! best! semua ada lah!!
Ye arr. dah nak dekat sampai my beloved kampung tu kereta mama (kenari je) meragam tengan jalan. Enjin berasap bhaii~ nasib baik mama berhenti cepat2.. Apa masalahnya time tu xsure agi.. ingatkan air kering ((you know what I mean right?)).. tapi cek penuh pula airnya. Kita orang (semua perempuan) ni bukannya tau apa-apa bab enjin ni semua. So, kita orang duk tersadai kat tepi jalan tu..

Beberapa minit kemudian, ada sebuah kereta Proton Iswara merah yang agak la usang turut berhenti kat tepi jalan. Kemudian turun la seorang mamat yang hensem gila sambil membuka cermin mata hitamnya. Woot woot! hehe. Bukanlah!

Seorang lelaki berpakaian selekeh. Selekehla sebab dia seorang 'pomen'. Mekanik! dan juga seorang mekanik yang tak bertauliah! Haish.. Cenih~

Dia turun dari kereta dan bertanya "Kenapa? Kereta rosak ke?". Bile teringat balik rasa macam nak jawab "Tak adalah. Kita orang tengah jual kereta!" herr...... geram!
Lepas tu, pomen tu pun tengok enjin kereta mama. Tengok sepintas lalu je lepas tu  dia kata "Ni rosak ni. Gasket pecah!" katanya kemudian mengambil sebotol air daripada bonet keretanya dan menyimbah ke tempat enjin.
Gila kan??? Aku mula2 pelik la gak. Pehal lak dia pergi simbah kat tempat tu sebab seingat aku orang kata kalau enjin overheated camtu jangan disimbah. Tapi, aku buat derk je lah sebab katanya die pomen..
Tapi, sebelum dia buat semua benda tu mama dah call orang plusline tau! Ingat aku sorang je pelik tapi mama pun pelik.
Lepas tu, dia kata boleh bawak pergi bengkel dia. Dia suruh call tow truck suruh tarik sampai Seremban. Ni lagi satu gila. Ada ke patut suruh patah balik Seremban sedangkan time tu kitorg dah sampai kat persimpangan nak ke Tangkak! Jauh tu.. Sekali lagi, aku still percaya tapi tahap kepercayaan aku menurun..

Lepas tu, orang daripada plussline pun datang... dan muka pomen tu sedikit cuak! malas nak cerita panjang... kita short kan ek? Korang pun malas nak baca kan?
Orang plussline pun call tow truck untuk bawa ke bengkel berdekatan tol tangkak. hah... ni baru logik! Lepas tu, dia pun blah la nak pi call tow truck tu.. Si pomen tu pulak.. lari camtu je.
tak sempat kitorang nak say thanks kan.. Deeno ngan kakak pun nak berdoa supaya hidup pomen tu diberkati.  tapi lidah kitorg terkelu.. memang tak boleh ckp apa.. kitorg pun tak tau sbb ape..


then tow truck pun datang.. ini lagi satu pengalaman yang baru. Naik tow truck!! woo~ memang shiook habis tapi yang tak boleh tahan nye. Driver truck tu orang India dan dia pasang radio channel India............ huhuhu. aku ni dahla tak boleh dengar bahasa dia orang! Mesti nak gelak jugak. Tapi aku control je sampai la tiba ke destinasi. 

Lepas tu, kita orag pun kasi itu mekanik kat Tangkak tu cek dan dia kata gasket pecah. Bukan sebab overheated tapi sebab pomen tadi tu gi simbah! Dahla air masuk enjin! Bercampur la dia ngan minyak kereta yang baru isi. Penuh!! perghhh~ memang dah tak boleh cakap apa la kan.. Then, kitorg biak depa handle je. malas nak pikir. Mama pun call pakcik suruh ambil kita orang. Perjalanan makan masa.. Dari Kulai ke Tangkak memang jauh.. So, kami terpaksa tunggu selama 4 jam! huhu. Dah la tengah puasa! memang dugaan.... 

Lepas pakcik aku sampai.. Kita orang pindahkan barang dan blahhh~ 


Saturday, 28 July 2012

Tips membaca cepat!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Lama Deeno tak masukkan entry baru kan? yelah... orang tengah malas sibuk study nih.. hohohoh
Hari ni Deeno nak kongsi sikit tips tentang membaca cepat@efektif! Sebenarnya orang cilok je daripada majalah Yezz! hihihi .. kreatif tak? :PP

#THE HAND
Letakkan je tangan kanan atau kiri (untuk yang kidal) pada perenggan yang dibaca. Gerakkan tangan korang slowly ke bawah untuk membaca perenggan yang lain seiring dengan pandangan mata. Mesti korang pernah buat macam ni kan? tapi guna lidi sate? Tapi mungkin lebih baik guna tangan jadi tahap kosentrasi lebih tinggi! kot.. gasak je la..

#THE CARD
Korang juga menggunakan kad atau kertas dengan pelbagai pilihan warna untuk membaca. Letakkan kad atau kertas tersebut di bawah baris ayat. Gerakkan secara perlahan-lahan ketika berpindah baris bacaan yang lain. Sedikit sebanyak akan mengurangi kebiasaan membaca ayat yang sama dan meningkatkan penumpuan membaca korang! Pembaris pun boleh kot.. ;)

#SCANNING
Samalah macam mencari informasi di buku telefon atau kamus. Perhatikan informasi yang khusus dalam bacaaan yang biasanya ditulis tebal, italic dan sebagainya. Maklumat khusus diberikan di sudut tepi atau dalam bentuk grafik.

#SKIMMING
Skimming dilakukan dengan cara membaca perenggan pertama dan perenggan terakhir atau nak senang cerita dengan membaca kesimpulannya. Boleh juga dimulai dengan cara membaca juduknya kemudian membaca isinya di setiap perenggan. Maklumat topik yang dikehendaki dicari dengan cara membaca sepantas yang boleh.

Tu je la yang boleh dicilok. Tapi Deeno yakin mesti setiap orang lain teknik nya kan? atau yang takda.. boleh la cilok teknik kat atas ni jugak ye.. ^_^v


Sunday, 3 June 2012

Kelawar...


Assalamualakum dan salam sejahtera! Tak lupa juga salam satu Malaysia! hehe..
Itu hari.. Deeno balik itu kg. itu dekat johor maa~ Pasir Raja, Kulai, Johor. Itu waa punya nenek kasik bawak waa pi jalan-jalan.. itu masa hali pertama waa mai la. sula penat mau pusing kita olang stop dulu dekat itu taman woo.. waa sama waa punya family duduk kat pondok and talking-talking..
Sedang waa talking-talking.. waa ternampak ada ketul ketul tahi unta.. eh?! bukan unta daaa.. tahi kecil-kecil.. tak tahu la ape benda alah tu. my granpa kata tahi kelawar. kelawar? 0_o << waa punye muke sudaa begini macam. waa tarak pecaya woo~
Waa pun buat 'bijak' pun.. lepas tu pun. waa intai-intai la atap pondok tu and ternampak lembaga warna hitam sedang bergerak-gerak. oh tidak!!!!!!!


Anak kelawar bhai.............

tak ada la rupenye macam ni. cuma nak cakap yang anak kelawar tu sume hitam kiut miut mcam budak2 kat atas ni. hehe

Kelawar ni ada pelbagai jenis cuma Deeno tak pasti apa pula jenis kelawar yang Deeno tengok tu. Iyelah kan tengok macam tu je. Nak ambil gambar pun kamera yang tak guna 'berguna' tu dah full memori nya. Rugi je bawa kamera.

Korang nak tahu tak 10 jenis kelawar terunik di dunia? Tak nak tahu sudaa~ Deeno nak cerita juga.
Ringkaskan je la.. penat dah jari jemari Deeno nak menaip.
Antara kelawar unik tu :-


Kelawar Hantu
Kelelawar berbulu putih ini ditemukan di hutan hujan tropis dari Meksiko ke Brasil, dan juga di Pulau Trinidad, di Karibia.
Ini adalah hewan soliter yang menghabiskan siang hari bersarang di bawah daun palem, dan kemudian terbang tinggi di malam hari, berburu ngengat dan serangga terbang lainnya.
Kelawar Chapin's
Kelelawar ini mempunyai "rambut" yang aneh, dan kelelawar jantan mengeluarkan bau aneh untuk menarik perhatian betina selama musim kimpoi. Mereka makan serangga dan hidup di hutan hujan Afrika Tengah.
Kelawar Bermuka Kerutan
Spesies pemakan buah ini ditemukan di Meksiko dan Amerika Tengah, di mana ia dikenal sebagai "Murcielago viejito" ("kelelawar orang tua") atau Murcielago zopilote ("Kelelawar kondor"), karena tubuhnya agak telanjang dan keriput.
Mereka memiliki lipatan besar kulit yang mereka gunakan sebagai masker untuk menutupi wajah mereka ketika mereka tidur.
Kelawar Bertelinga Besar
Kelelawar terbang ini memakan serangga terbang, seperti kelelawar lainnya, menggunakan echolocation untuk menemukan mangsanya. Telinga besar mereka memberi mereka pendengaran jauh lebih baik daripada kelelawar bertelinga kecil. Mereka memiliki genera beragam dan ditemukan di banyak bagian dunia.
Kelawar Pemancing
Kelelawar besar ini hidup di Meksiko, Amerika Tengah dan Selatan dan kebanyakan memakan ikan. Menggunakan kaki panjang bercakar untuk mengambil ikan di permukaan air dan kemudian memakan melalui sayapnya.
Yang relatif lebih kecil dari jenis Fishing Bat adalah Lesser Fishing Bat yang makanannya adalah serangga air.
Kelawar Bermuka Hantu
Kelelawar Bermuka Hantu banyak tersebar di Dunia, dari Amerika Serikat, Selatan sampai Peru. Mereka nyaris tidak berhidung, memiliki flap kulit aneh yang keras di wajah mereka dan dahi yang sangat menonjol yang memberi mereka penampilan sangat aneh. Mereka makan serangga nokturnal. 
Sucker Footed Bat
Kelelawar ini, endemik Madagaskar, awalnya diperkirakan menggunakan penyedot pada sayapnya dan pergelangan kaki untuk bergelantungan di daun palem dan permukaan halus lainnya.
Namun saat ini diketahui bahwa mereka tidak menggunakan tenaga hisap, melainkan adhesi, dengan menghasilkan zat lengket yang bertindak sebagai semacam-lem sama seperti adhesi ditemukan di katak pohon dan salamander.
Kelawar Berhidung Tabung
Ditemukan di hutan hujan Filipina, kelelawar ini memiliki salah satu wajah aneh di antara mamalia. Telinga gelap dengan bintik kuning, mata berwarna oranye dan, terutama, hidung yang mirip tabung, memberikan penampilan wajahnya mirip tokoh kartun.
Kebanyakan mereka makan buah ara dan buah-buahan lainnya, tetapi dalam keadaan tertentu mereka juga makan serangga .
Kelawar Berkepala Palu
Ditemukan di hutan hujan Afrika, kelelawar besar ini mendapatkan namanya karena bentuk kepalanya yang besar juga aneh, tapi ini hanya pada yang jantan.
Sebagian besar thorax kelelawar jantan adalah ruang untuk beresonansi yang memungkinkan mereka untuk menghasilkan suara yang sangat keras untuk menarik kelelawar betina. Mereka memakan buah-buahan dan kadang-kadang, juga memakan hewan lain
Kelawar Pisang
Spesies eksklusif untuk Meksiko barat, kelelawar pisang yang terkenal karena moncongnya yang sangat panjang, terpanjang dari setiap kelelawar (relatif terhadap ukuran).

Hewan ini nectarivorous, yang berarti makan pada nektar yang merupakan penyerbuk penting dalam habitat hutan tropis. Ia mendapatkan namanya karena sering ditemukan di perkebunan pisang.

Sekian sahaja daripada Deeno! ^_^


p/s: maaf sebab bahasa yang tunggang langgang. Semangat satu Malaysia nih sebenarnya. Ada loghat Melayu, India, Cina, Indon, Inggeris. Macam-macam ada. Satu Malaysia!!!

Thursday, 24 May 2012

Today's Diary.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ..
Today, Deeno dan kawan-kawan lepas stress selepas 'bertungkus-lumus' untuk exam!
Tujuan keluar hari ni ade 2! Satu nak beli hadiah and Dua nak main bowling..
Mestilah main boling lagi best.. lepas stress!! tp hari ni Deeno tak dapat strike..
Asik spare je and rankin antara kawan? Nombor duaaaaaaa ... Peace yoo~ *wink*


Lebih kurang macam ni la Deeno main.. Kejap msuk longkang kejap spare! heee~ ^_^

Saturday, 19 May 2012

Ombak Rindu~~ woosh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. This is a second update from Deeno yang sangat malas ini.. (^_^)
Hari ni my sis bukak stu video from YOUTUBE! Video cover oleh 'Cumi' yang menyanyikan lagu ombak rindu versi taubat.. suara dia tersangat lah merdu.. Memang feel giler laaa~ Thumbs up!!
Meh dengar~~

TUHAN tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintai-MU seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa neraka-MU

TUHAN aku tahu byk dosaku
hanya ingatkan-MU kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cinta-MU

ALLAH..ampunkanlah hamba-MU
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

ALLAH..jatuh air mataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
ALLAH..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoaMoga maghfirah tiba nanti

Saturday, 12 May 2012

First thing bout this BLOG!

Assalamualaikum semua..
Salam kenal! Nama saya Diana atau nama penuh Nurdiana yg bermaksud cahaya keagamaan..
Alolo.. terlebih sudaa..
Tujuan blog ni dibina? Untuk mata pelajaran ICTL daa~~
Cikgu Asyraq yg 'hensem lagi kacak' memberi tugasan kpd semua dak 2hamzah
untuk buat blog..

-THE END-

DISCOVERY

Hari ni tanggal 27 bulan Mei tahun 2020 aku jumpa balik blog ni yg lama dah ditinggalkan sejak tahun 2013... Looking back the posts , buat...