Saturday, 28 July 2012

Tips membaca cepat!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Lama Deeno tak masukkan entry baru kan? yelah... orang tengah malas sibuk study nih.. hohohoh
Hari ni Deeno nak kongsi sikit tips tentang membaca cepat@efektif! Sebenarnya orang cilok je daripada majalah Yezz! hihihi .. kreatif tak? :PP

#THE HAND
Letakkan je tangan kanan atau kiri (untuk yang kidal) pada perenggan yang dibaca. Gerakkan tangan korang slowly ke bawah untuk membaca perenggan yang lain seiring dengan pandangan mata. Mesti korang pernah buat macam ni kan? tapi guna lidi sate? Tapi mungkin lebih baik guna tangan jadi tahap kosentrasi lebih tinggi! kot.. gasak je la..

#THE CARD
Korang juga menggunakan kad atau kertas dengan pelbagai pilihan warna untuk membaca. Letakkan kad atau kertas tersebut di bawah baris ayat. Gerakkan secara perlahan-lahan ketika berpindah baris bacaan yang lain. Sedikit sebanyak akan mengurangi kebiasaan membaca ayat yang sama dan meningkatkan penumpuan membaca korang! Pembaris pun boleh kot.. ;)

#SCANNING
Samalah macam mencari informasi di buku telefon atau kamus. Perhatikan informasi yang khusus dalam bacaaan yang biasanya ditulis tebal, italic dan sebagainya. Maklumat khusus diberikan di sudut tepi atau dalam bentuk grafik.

#SKIMMING
Skimming dilakukan dengan cara membaca perenggan pertama dan perenggan terakhir atau nak senang cerita dengan membaca kesimpulannya. Boleh juga dimulai dengan cara membaca juduknya kemudian membaca isinya di setiap perenggan. Maklumat topik yang dikehendaki dicari dengan cara membaca sepantas yang boleh.

Tu je la yang boleh dicilok. Tapi Deeno yakin mesti setiap orang lain teknik nya kan? atau yang takda.. boleh la cilok teknik kat atas ni jugak ye.. ^_^v


DISCOVERY

Hari ni tanggal 27 bulan Mei tahun 2020 aku jumpa balik blog ni yg lama dah ditinggalkan sejak tahun 2013... Looking back the posts , buat...